<$BlogRSDURL$>

Sunday, November 25, 2018

26 November 2018
Isnin
12.24am tgh malam
Assalamualaikum wbt,hai,I'm back!!
Huhu..last aritu blogging 2015..
Ni arini tetiba la plak nak menjengah mencari blog ku ini,setelah Dato' Seri Ketua Perangkawan ada sebut tentang blog semasa ucapan perasmian Taklimat Penyiasatan,Pendapatan Isi Rumah &Kemudahan Asas (HIES&BA) 2019 malam tadi di ILSM.
Tetiba rasa rindu kat blog ni.
Alhamdulillah,masih wujud blog ni,huhu..

Ok lah,setelah sekian lama x update, ni nak citer apa yg berlaku jap td.

Sedih sgt.. lepas majlis perasmian tadi,aku & zaitun ikut roommate (kak ita) utk beli asam,sebab dia loya tekak.

Odway balik, kami terserempak seekor itik putih di tengah Jalan Raya. Itik tu tak bergerak, mungkin cedera.
Kami cuba berhentikan kenderaan, undur ke belakang, untuk selamatkannya,tapi kami gagal,sbb kereta , van, Lori sangat2 laju.

Sedih sangat2, kami tak dapt selamatkannya, dan lagi sedih bila menyaksikan itik tersebut cuba nak terbang selamatkan diri, tapi
digelek2 oleh kenderaan yg sgt laju.
Bulunya berterbangan di Jalan raya.. duhai itik,maafkan kami kerana saat kamu pandang kami dengan harapan untuk selamatkan kamu,tapi kami gagal.
Ya Allah, ampunkan dosa2 kami Ya Allah😭 janganlah kerana kejadian ini kami dihukum di akhirat kelak. Amin.



12.44am
Bilik 114,
ILSM,Sungkai.

Esok nak kena bangun awal, ada aktiviti fitness 6.30pagi nanti.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?